Monday 15 August 2011

Mari mengenali Tg Sedili









Salam,


Entry kali ini adalah untuk memperkenalkan Tg Sedili. 


(Pendapat Pertama)

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1973 adalah bersempena nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal daripada Siam. Pada masa yang sama seorang Cina bernama Pongsai menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi ‘Tak tengok Deli ke?’ dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama.

Penghulu pertama pada masa itu ialah Wan Muda yang berasal yang berasal dari Sungai Rengit berketurunan Mengkabal dan pada masa yang sama mereka adalah pelopor kepada kawasan Tanjung Sedili ini. Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor. Disebabkan keuzuran beliau kemudiannya digantikan dengan Penghulu Md. Lazim bin Md. Akhir.


(Pendapat Kedua)
Mengikut pendapat yang kedua pula.asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik beradik yag berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil telah berpindah ke Sedili Kechil. Maka disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kechil.

Mengikut cerita orang-orang tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka.Mereka menetap di bahagian tanjung dan mula menjalankan aktiviti penternakan lembu di samping menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu.

Ketua kampung yang dilantik secara rasmi ialah Mohd.Salleh bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim bin Omar.Selepas tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa bin Abdullah mulai tahun 80an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya.

Pada tahun 1997, pucuk pimpinan Tanjung Sedili telah digantikan dengan Ketua kampung yang ke-empat iaitu Tuan.Ibrahim bin Yahya dan beliau adalah anak jati Tanjung Sedili yang pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti selepas bertahun-tahun berada dalam Angkatan Tentera Malaysia sehinggalah sekarang.



Layan sikit gambar-gambar sekitar kampung...



Bot-bot nelayan

jln utama ke pantai Teluk Mahkota


Pekan Tg Sedili


Teluk Mahkota


Legaran Air Gemuruh



Pantai Teluk Mahkota


Keindahan Pantai


Jeti

Sunday 14 August 2011

Foto-foto sekitar di MID...





pandangan MID dari arah depan


masuk2 mid jek dh nampak bende ni...penat tau pengurus n pembantu bertungkus lumus wat benda ni...



sdudut bacaan..tapi buku2 semua dh hilang..kena curi..buku2 dapat pun dari ihsan pengurus,,




sofa for tetamu..tempat menunggu..


bilik pengurus..jarang guna bilik ni..coz pengurus selalu kat bilik cyber jek



salah satu tempat pengguna menggunakan perkhidmatan wifi.



perkhidmatan jualan makanan ringan



bilik cyber



bilik cyber lagi..

ok..sekian..



Pembukaan

Assalammualaikum....


Dengan Lafaz Bismillahirahmahnirrahim....maka bermulalah kisah detik pembukaan Bolg MID sri gading di sini....sebarang kisah dan juga segala aktiviti terdapat di dalam blog ini.


Alhamdullilah...